Dasar Kuki
Mulia Digital menghargai privasi dan menggunakan kuki serta teknologi penjejakan secara telus. Dengan menggunakan laman web atau aplikasi kami, anda bersetuju dengan penggunaannya mengikut Dasar Kuki, Dasar Privasi, dan Terma Penggunaan kami.
Apakah itu Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain?
Kuki ialah fail teks kecil yang boleh disimpan dan diakses pada peranti anda apabila anda melawati laman web kami, tertakluk kepada persetujuan anda. Teknologi penjejakan lain berfungsi hampir sama seperti kuki, dengan meletakkan fail data kecil pada peranti anda atau memantau aktiviti pelayaran anda bagi membolehkan kami mengumpul maklumat tentang cara anda menggunakan laman web ini. Ini membolehkan sistem kami mengenal pasti peranti anda berbanding pengguna lain. Maklumat berkaitan kuki yang dinyatakan di bawah juga terpakai kepada teknologi penjejakan lain.
Penggunaan Kuki dan Teknologi Penjejakan di Laman Web Kami
Mulia Digital menggunakan kuki dan teknologi penjejakan untuk:
Mengenal pasti anda dan minat anda
Mengingati tetapan dan keutamaan anda
Menjejak penggunaan laman web
Mengawal akses serta memperibadikan kandungan
Memproses permintaan atau tindakan yang anda lakukan
Kami juga menganalisis data statistik dan jumlah penggunaan daripada pengguna laman web bagi tujuan penambahbaikan prestasi dan pengalaman pengguna.
Bolehkah saya menolak atau menarik balik persetujuan saya untuk penggunaan Kuki?
Jika anda tidak mahu kuki disimpan pada peranti anda, anda boleh menetapkan pelayar internet untuk:
Menolak semua atau sebahagian kuki
Memberi amaran apabila kuki disimpan
Namun, jika anda menyekat semua kuki (termasuk kuki penting), anda mungkin tidak dapat mengakses atau menggunakan sepenuhnya fungsi laman web ini. Jika anda ingin memadam kuki yang telah disimpan sebelum ini, anda boleh melakukannya secara manual pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang laman web daripada menetapkan kuki baharu melainkan anda mengubah tetapan pelayar seperti dinyatakan di atas.
Kuki Pihak Pertama dan Pihak Ketiga
Kuki Pihak Pertama: Kuki yang dimiliki dan ditetapkan oleh Mulia Digital pada peranti anda.
Kuki Pihak Ketiga: Kuki yang ditetapkan oleh pihak lain melalui laman web kami.
Kami menggunakan jenis kuki berikut:
Kuki Kekal
Digunakan untuk meningkatkan pengalaman pengguna, termasuk menyimpan persetujuan anda terhadap Polisi Kuki supaya mesej notifikasi tidak dipaparkan berulang kali.
Kuki Sesi
Bersifat sementara dan akan dipadam apabila pelayar web ditutup. Digunakan untuk menjejak penggunaan laman web sepanjang sesi anda.Anda boleh menolak kuki melalui tetapan pelayar. Namun, tindakan ini mungkin menyebabkan sebahagian fungsi laman web tidak dapat digunakan sepenuhnya. Jika tetapan pelayar tidak diubah, sistem kami akan secara automatik menetapkan kuki apabila anda melayari laman web kami.
Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila hubungi kami melalui emel info@muliadigital.com.my.